بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ALHAMDULILLAH, tiada kalimah yg lebih indah yang dapat kukatakan..selesai sudah praktical ku di TM MENARA selama 3bulan..tiba masanya untuk ku mncari kerja..walaupun ku sedih tolak kerja di TM, pasti ada hikmahnya..perancangan Allah itu lebih baik..
Banyak yang dapat ku belajar di TM..macam2 ragam manusia dan gelagat manusia yang dapat kulihat..tapi tu semua kenangan untuk ku..praktical dibahagian HR event sangat best dan sangat2x memenatkan..heheh senior dan bos banyk mmberi tunjuk ajar dan bimbingan..syukran semua atas dorongan yang telah diberikan..
Semua input dan knowledge yg telah diberikan akan ku gunakan untuk pada masa hadapan..jumpa lagi untuk event besar pada bulan 10 ini di Kedah iaitu program KASTEL.dan Tahniah atas sambutan cerita tanah air ku yg telah dilancarkan pada 31 Ogos 2014..cerita yang sangat banyak mmberi pengajaran dan sejarah pada suatu masa dahulu..usaha dan idea2x dari semua amat dihargai dan banyak mngajar ku..chayok2x semua,..
nUFFNANG ad
Sep 10, 2014
.. Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah....14
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Aiman meletakkan kereta sportnya di
hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah
masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat
masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat
yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan
bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman
senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak
cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah
hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan
semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman
membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk”
pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya
untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman
mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata
Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang
senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam
tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah
hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato
Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke
masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia
sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak
tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.
“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun
Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui
Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung
dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah
tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa
yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk
kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati
dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita?
wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti.
Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita
dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan
kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu
pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...
-TAMAT-
Sep 8, 2014
.. Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah....13
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Aiman terkejut. “abi, kenapa di
sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu
tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar
sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak
uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah
bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar.
Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal,
effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi
katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah
baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu
dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah
beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji
Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira
abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan
ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya
Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata
lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil
mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “
.. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..”
kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar
sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu.
Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3
itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa
macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus
begini…..
Aiman menutup buku agama yang di
bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah.
Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi.
Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas
meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan
sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam
sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap
hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya
yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari
biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka.
“Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di
cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya
pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi
dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
-BERSAMBUNG-
Subscribe to:
Posts (Atom)
