بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Andaikata
dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya,
ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil
usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kashf Al-Mahjub )
-Jika seseorang
hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab
tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan
sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
-Cinta itu
seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar
matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari
yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
- Bila Cinta tak berjodoh,
jangan bersedih jika Allah tidak memberi seorang yang kita dambakan,
Dia akan memberi seseorang yang akan mendambakan kita..
Jangan bersedih jika Allah tidak menyatukan kita dengan seseorang yang kita Cintai,
Dia akan menghadirkan seseorang yang akan mencintai kita..
Mungkin kita hanya tahu bercinta,
Tapi tidak tahu makna Jodoh..
Cinta dan Jodoh adalah 2 perkara yang jauh berbeza..
(Aisyah-Walau Sedetik Cuma)
-KENANGKANLAH ALLAH DALAM SETIAP SAAT HIDUPMU, KERNA DIALAH YANG MENCIPTAKANMU. CINTAKANLAH ALLAH MELEBIHI CINTAMU PADA MAKHLUK-NYA, KERANA DIALAH YANG MENGURNIAKAN CINTA ITU. JAGALAH HAK-HAK ALLAH SEPANJANG HIDUPMU, PASTI ALLAH MENJAGAMU SETIAP MASA.
Hayatilah sama-sama..
No comments:
Post a Comment
Syukran!