nUFFNANG ad

Jun 2, 2014

-CINTA Ibarat Awan dan Langit-

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



~Rabbi yassir Wa La Tu'assir Rabbi tamim Bi Khair...-sesungguhnyer bsama ksusahn itu ada kemudahanya..



-Ada apa dengan CINTA? Ada apa dengan RINDU? Untuk apa kita bercinta? Untuk apa kita merindu? Secara analoginya, Awan dicipta untuk sentiasa berada dengan langit. Selagi ada awan, selagi itulah langit sentiasa membiru..


-Cinta bagaikan awan dan langit yang saling melengkapi di antara satu sama lain.. Jika tiada awan, Tentu langit akan merinduinya..

-Begitulah juga cinta. Cinta dicipta oleh Allah untuk dua insan yang bernama ADAM & HAWA iaitu lelaki dan wanita beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu suci, selamat dan bahagia. Sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta itu akan pudar dan tercalar.

-Apabila kita Redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka..

-Surah Ar-Rum, Ayat-48.. (Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakinya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok: lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira...

-TDK ALLAH JDKN SESUATU ITU DGN SIA2X ..PASTI ADA SBBNYA..-

No comments:

Post a Comment

Syukran!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...