Mungkin penat sangat. Aiman senyum.
Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju
ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya
hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis
stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul.
Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!”
tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami
Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama
hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu
pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!”
Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini
buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu
joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana,
abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit
banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa
yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya
Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini
telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman.
Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap
Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini
datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu,
satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini
Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah
yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam
lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun
kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi
lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?”
“aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang
Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya?
Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara
adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir.
Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak
akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia
kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?”
Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak
bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
-BERSAMBUNG-
No comments:
Post a Comment
Syukran!