“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel
apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz
nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid
ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman
sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu
bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya
menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya
segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada
ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis
terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram
rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah…
Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak
rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia
rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar
semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu
banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang
lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? –
Syahirah.
Aiman membaca message itu dan
senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk
tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu
merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah
sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. –
Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu
membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan
tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu.
insyaALLAH. – Aiman.
-BERSAMBUNG-
No comments:
Post a Comment
Syukran!