Kini, dia telah yakin untuk menjadi
imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..”
“okay.”
Sebelum turun dari katil sempat
Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh
Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan
masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman
dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan
menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan
pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik
Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan
menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di
cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah
dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”
Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je.
Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay,
saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan
keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia
mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari
kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman
mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak
kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua
makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman
sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat
Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari
dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan
kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan
pengsan.
**********
-BERSAMBUNG-
No comments:
Post a Comment
Syukran!