Aiman terkejut. “abi, kenapa di
sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu
tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar
sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak
uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah
bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar.
Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal,
effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi
katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah
baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu
dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah
beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji
Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira
abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan
ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya
Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata
lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil
mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “
.. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..”
kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar
sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu.
Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3
itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa
macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus
begini…..
Aiman menutup buku agama yang di
bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah.
Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi.
Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas
meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan
sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam
sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap
hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya
yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari
biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka.
“Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di
cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya
pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi
dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
-BERSAMBUNG-
No comments:
Post a Comment
Syukran!