nUFFNANG ad

Dec 26, 2010

"CiNtA & SaaT2x yAnG PaStI"

Assalamualaikum wrbt..

-Petikan dan luahan dr seorng insan-

Warkah ini hanyalah biasa dipandangan mata, tulisan daripada insan yg tidak pernah sempurna dlm kehidupan, yang sentiasa melakukan kesilapan, namun moga memberi manfaat pada semua. Kutulis bukanlah untuk menunjukkan kelemahan, namun disinilah tempat luahan.. Setiap insan pasti ingin rasa disayangi mahupun menyayangi, namun sejauh manakah ia berjaya mengawal perasaan itu. Cinta itu lumrah kehidupan setiap insan, tanpanya tidaklah digelarnya seorang manusia..Kurniaan Nya yang cukup sempurna dan cukup halus membuat hati ini adakala terasa kesunyiaan dan memerlukan sesuatu yang menceriakan hati dan perasaan. Sedangkan Nabi Adam terasa sunyi tanpa Hawa, ini kan pula kita insan biasa. Bukanlah sekadar untuk berpasangan tanpa ikatan suci dan berseronok, namun matlamat adalah lebih tinggi drp langit kerna di situ jugalah wujudnya keredhaan Ilahi yakni hubungan ijab dan qabul, malah tempat meluahkan kasih dlm mencari erti sebenar kecintaan pada Ilahi.



Tika dahulu kumengenali dan bersahabat dengan seseorang, terasa hampir merasai saat-saat keindahan, itulah kesilapan diri sendiri, memilih tanpa memikirkan arah tuju yg sebenar dan jelas. Alhamdulillah, di awal kesilapan telah ditunjukkan sendiri oleh Allah Ta’ala, kerna si dia, ku melepaskan tawaran untuk menyambung belajar di luar negara untuk bekerja bagi menghampiri gerbang pertunangan mahupun perkahwinan, walaupun hanya sebentar sahaja mengenalinya, ia cukup mengajar diri ini supaya lebih memikirkan apa tujuannya. Namun ku tak menyesal melepaskan 2 tawaran itu kerna ada hikmah disebaliknya yang menyebabkan diriku masih gembira menjalani kehidupan. Bukanlah dengan perkahwinan itu jalan penyelesaian untuk diri berada dlm keselesaan, namun perkahwinan itu sebenarnya salah satu amanah dariNya, bukanlah sekadar tempat bermadu kasih mahupun hidup bergembira semata-mata, tapi ianya adalah sepatutnya jalan penghubung dan jambatan menuju keredhaan Ilahi atau Mardhatillah. Akhirnya ku ‘melepaskan’ perasaan itu berlalu pergi dan tidak mahu melayani perasaan itu walaupun berat terasa di hati, tapi ku rasakan itu lebih baik untuk diriku dan juga dia. Dia berhak memiliki insan yg lebih baik dan sempurna daripadaku. Diriku hanyalah insan biasa, tiada dipandang manusia kerna tiada apa2 yg sempurna, malah selalu juga ada silap salahnya, berjaya itu jauh sekali untuk dipandang mata. Yang ada hanyalah sekeping hati yang tersemat didalam dada yang menyerahkan segala2nya pada Yang Maha Esa, kerna Dialah yg Maha Bijaksana dan Berkuasa melaksanakan sesuatu perkara, hanyalah dengan perkataan “ Jadilah”..” Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.”- Yassin Ayat 82.



Bukan semua ini untuk mengambil simpati mahupun belas kasihan, namun sekadar nasihat dan pandangan tentang percintaan. Memang benar, memang indah di’alam percintaan, namun tanpa matlamat mahupun matlamat itu masih jauh dan belum menampakkan ‘sinarnya’, usahlah terlalu mengharap mahupun serius, kerna di hadapan, belum tentu menjanjikan apa-apa, sedangkan suami isteri ada juga berpisah, ini kan pula pasangan kekasih yang entah ke mana tujuannya, andai cuma sekadar bergembira dan mempunyai tempat meluahkan isi hati dan perasaan mahupun masalah, usahlah terlalu berharap. Pernahkah kita terfikir, siapakah yang mengurniakan sesuatu kepada kita? Sudah pastilah Tuhan Maha Agong Lagi Esa, Allah Ta’ala.. Kita mengetahui namun tak mengambil manfaat sedikitpun daripada pengetahuan itu. Andai sudah tahu Dialah yang mengurniakan semua perkara, kenapa mencari tempat meluahkan masalah dan mengutamakan si penerima kurniaan itu juga seperti kita, bukan Pemberi kurniaan itu? Di situlah kesedaran yang telah berputik di jiwa ku selama mengenalinya hampir 3 bulan. Ku yakin, perasaan yang dilepaskan pergi, demi mengikut kehendak Ilahi, pasti takkan sia-sia, kerna Dia lebih mengetahui apa yang terbaik bagi diriku.



Dalam kehidupan ini, semua boleh terjadi, tiadalah mustahil bagi Allah untuk menjadikan sesuatu perkara walaupun tak pernah difikirkan oleh minda kita, tak pernah diimpikan sesuatu perkara, kerna itulah rahmatNya. Bukanlah mudah mencari keredhaan Allah melalui percakapan semata-mata, namun ianya timbul melalui kehidupan kita. Andai dekatnya kita dengan Allah, malah cintakanNya melebihi segala2nya, insyaAllah pasti Allah berikan yang terbaik buat kita. Yakinlah pada Allah kerna Dialah Tuhan Maha ‘Adil lagi Saksama. Walaupun dugaan melanda, itu adalah rahmat dariNya sebagai kifarah dosa-dosa kita.



Pasti biasa kedengaran, di’alam percintaan, “lautan api, sanggup kuredah”..namun sejauh manakah kebenarannya? Mungkin andai pasangan lemas di lautan air pun, belum tentu berani menyelamtkannya, ini kan pula api sedangkan api yang kecil pun, bila terkena pada badan, sudah mengeluh kepedihan dan kesakitan. ‘Alam percintaan tanpa matlamat mahupun matlamat yang masih panjang, hanyalah dalam kepura-puraan, kerna apa? Kerna di’alam inilah, semua kebaikan diri ditonjolkan, kebaikan pasangan diucap-ucapkan..namun apabila sudah berumah tangga, mulai mengeluh andai tidak berpuas hati mahupun perkara yang tidak disukai pada pasangannya. Kerna CINTA TANPA IKATAN ITU BUTA..Ia membutakan mata hati hingga semua dikaburi dan tak jelas.



Alhamdulillah, setakat ini Allah belum mengizinkan lagi hadirnya wanita untuk mengisi hati ini dalam menuju ‘saat-saat yang pasti’ kerna diri masih belum bersedia kerna cuba mengukuhkan cintakanNya terlebih dahulu agar tidak hanyut di’alam percintaan walaupun dengan ikatan yg halal. Moga Allah kurniakan seseorang muslimah di saatku sudah bersedia ke arah hidup yang lebih pasti, moga dialah penyeri hidupku, penyejuk mata dan hatiku malah ibu kepada zuri’at keturunanku. “Ya Allah, jadilah hati ini mencintaimu melebihi cintakan makhluk ciptaanMu, kerna ku yakin cintaMu takkan sesekali mensia-siakanku…



Cinta insani itu terlalu halus dan sensitif, andai terlalu menjaganya pasti ia ‘memberontak’, andai tidak menjaga, adakalanya ia berlalu pergi saja.. Namun serahkan ia pada Allah, kerna Allah lah sebaik-baik yang menguruskan sesuatu. Dialah yang mengurniakan cinta ke dalam hati manusia, tapi mengapa ramai terus terleka dibuai saat-saat indah bercinta? Kerna itu semua adalah kesilapan kita sendiri, kita tak melihat dan mengenang kembali siapakah yang mengurniakan cinta itu..



Cinta itu terlalu suci, bukanlah semudah untuk dijual beli dengan wang ringgit mahupun pangkat dan harta, kerna andai ia dilapikkan dengan semua itu, pasti takkan bertahan lama.. bukanlah jua untuk memenuhi nafsu semata-mata, kerna ianya adalah satu amanah yg besar untuk makhluk bergelar manusia.



KENANGKANLAH ALLAH DALAM SETIAP SAAT HIDUPMU, KERNA DIALAH YANG MENCIPTAKANMU. CINTAKANLAH ALLAH MELEBIHI CINTAMU PADA MAKHLUK-NYA, KERNA DIALAH YANG MENGURNIAKAN CINTA ITU. JAGALAH HAK-HAK ALLAH SEPANJANG HIDUPMU, PASTI ALLAH MENJAGAMU SETIAP MASA.

Hayatilah sama-sama

No comments:

Post a Comment

Syukran!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...