بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Mereka telah pun tiba di hadapan surau
As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi
dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar
track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah
menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?”
“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.
“jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak
pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak
Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu
menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat
itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari
isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah
makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan
aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong!
Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah
Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran
abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan
kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya
mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum
ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau
jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku
terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk.
Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia
ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini
siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman
yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya
terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.”
Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!”
Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya
agar duduk di sebelahnya.
-Bersambung- ('',)
No comments:
Post a Comment
Syukran!