بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak
reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut
juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan
kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi
tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan
tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu
di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat
terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman
menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama
belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak
apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh
masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur
itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke
dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening.
Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di
hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa
dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa
apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam,
sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam
itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi
surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak
isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada
perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai
mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?”
Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?”
“saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat
Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman
menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.”
Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.
“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun
senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam
Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.
Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil
dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan
Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar
agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Bersambung('',)
No comments:
Post a Comment
Syukran!